5:17 PM

Tahniah!!...


Salam sejahtera saya ucapkan buat semua sahabat-sahabat yang sudi menjenguk blog yang tidak seberapa ini. Tahniah diucapkan buat semua para graduan yang telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Selamat menempuh alam pekerjaan dan selamat melalui alam rumahtangga mereka yang bakal menjadi 'Raja Sehari' tidak lama lagi. Tahniah dan semoga bahagia hingga ke anak cucu. Alhamdulillah, syukur juga saya rafatkan ke hadhrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayahNya, segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Wa akhiran, selamat maju jaya buat semua teman-teman seperjuangan. Selamat meneruskan perjuangan!