Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
9:28 AM

Future Life: What can I do from now?..

Assalamu'alaikum wbt...Salam pertemuan dihulurkan buat semua pembaca..=)

Alhamdulillah harini diri ini dikurniakan ALLAH rasa rajin nak update blog setelah 10 bulan tak meng'update'kannya. Terima kasih buat pengunjung-pengunjung yang menegur diri ini sebab tak update blog (ngeee..malu plak rasenya). Ketika sindrom 'malas' melanda diri, dibiarkan aje blog ini bersendirian. Mesti 'blog' ni happy bila tuannya sudah kembali memanfaatkan khidmatnya untuk menjadi bahan tulisan tuannya yang serba kekeringan idea dan pandangan ni.(huhu..). Entah bila diri ini akan menjadi rajin seperti blogger2 lain yang sering sahaja kelihatan update blog. (hmmm..fikir3..)..nak je cakap camni "blog2, aku minta maaf ye sebab dah lama tak update ko, doakanlah tuan ko ni jadi rajin sket nak menulis..(ngee..mesti blog aku tengah duk bersedih sebab tuannya telah lupakan dia).." (ngee..pandai-pandai je..).. Dahla blog ni orang yang tolong buatkan, pastu tak update plak tu..(Maaf ye kepada yang menolong buat blog ni..)..=)..insyaALLAH lepas ni tengah nak cuba nak rajinkan diri..huhu..

Hari ini 8 November 2009, hanya tinggal 22 hari sahaja lagi diri ini akan melalui fasa kehidupan baru yang DIA sahaja yang MAHA TAHU bagaimana keadaannya. Perasaan bimbang, takut, risau lebih mendominasi jiwa ini tatkala melihat konflik dalam masyarakat semakin kurang moral dan pegangan agamanya. Apatah lagi bila memikirkan generasi yang bakal lahir, bagaimanakah keadaannya. "Mampukah aku mendidik anak-anakku sepertimana ummi dan abah mendidikku?". Bermacam-macam persoalan mula timbul dalam benak fikiranku ini..hmm.. Teringat pada kata-kata seorang 'housemate' ni (namanya dirahsiakan..) biarlah bersederhana dalam setiap perkara. Lakukanlah mengikut kemampuan diri sendiri. Ehmm..macam betul jugak apa yang dikatakan tu..bagiku jangan hanya ber'cakap' nak jadi macam ni nak jadi macam tu, tp, 'buat'' itu yang lebih penting. Sebab realiti sebenar masih belum kita lalui, macam mana nak jadi macam yang kita nak, sedangkan realiti sebenar kita masih belum tahu keadaannya. Macam mana pasangan hidup kita dan macam karakter anak-anak kita, kena bermula dari diri sendiri. Memang ada orang kata kalau nak kenal anak-anak kita tengoklah 10 tahun yang telah lepas, macamana diri kita, macam tulah anak-anak kita. Tapi, masa itu dah berlalu, kita takkan mampu putar kembali waktu dahulu supaya kita boleh ubah diri kita jadi macam yang kita inginkan.

So, daripada kita runsing fikirkan masa lalu kita, bimbang zuriat yang lahir dari kita seperti diri kita yang dahulu, better kita sentiasa muhasabah diri..hmm..yela nak kembali zaman dulu, sebab semata-mata nak ubah jadi baik, kita sebagai hamba, kita tak mampu, apatah lagi siapa kita untuk menyalahkan takdir ALLAH yang telah menentukan zaman dahulu kita demikian. Itulah setiap aturanNYA ada banyak pengajaran dan hikmah yang perlu diterokai. Hidup ni bukan untuk dunia, tapi untuk akhirat..fikir dan buatlah apa-apa pun untuk akhirat (senang cerita, kerana ALLAH..). Dia takkan datangkan sesuatu ujian dan cubaan tu melainkan untuk kita sentiasa meng'improve'kan diri jadi yang lebih baik.. Mungkin kita tak sehebat orang lain, tak secerdik orang, tak selantang orang lain, tapi, cukuplah sekadar jadi setakat yang kita mampu. Biarlah sedikit sekalipun ibadah yang kita buat, asalkan ianya berterusan. Bersederhanalah d
alam setiap perbuatan, amalan, percakapan supaya ianya tak ' makan diri' sendiri. cakap besar pun tak boleh, rendah diri sangat pun tak boleh, so,sederhana itu mungkin yang sesuai untuk diri kita. hmmm..betul ke?..betulla kan...ke tak setuju.. kalau tak setuju, boleh kemukakan pendapat anda.

Berbicara tentang persoalan hati, susahnya untuk menilai di mana hati kita berada sekarang (maybe not for everyone..sometimes ada yang tahu di mana hatinya berada..hmm). Perasaan sayang, cinta, rindu, kasih, benci, sabar dan yang seangkatan dengannya adalah kurniaan ALLAH. Teringat lirik nasyid "Segalanya milikMU" (Mestica..cari sendiri..) sangat memberi motivasi buat diri ini. Kadang-kadang bila rasa sedih je, mesti dengar nasyid ni. Rasa rindu je, dengar nasyid, senang katanya memang tak 'boring' langsung walaupun nasyid ni dah lama. Susah untuk diungkapkan macam mana rasanya..mungkin korang boleh dengar & renung sendiri kot..ikut tahap masing2 la..hmm..so, jika sapa-sapa yang rasa macam 'frust' sebab putus cint
a ka, atau sedih sebab result final kurang memberangsangkan ka, janganlah terlalu sedih. Dan kepada mereka sedang bahagia sekarang ka (maklumlah dah tak lama lagi nak kahwin..dah sampai musim kenduri-kendara..ngeee), berjaya dapat result cemerlang ka, janganlah terlalu excited sangat sampai lupa orang sekeliling, raikanlah orang-orang yang berada di sekeliling kita. Sebab itu, cukuplah dengan ucap "Alhamdulillah, aku dapat....(ape2la..ayatnya korang sambung sendiri..=p)" daripada sebut "Yahoooo/yippie/yeye, aku dapat (.........u will be continue..)". Macam tu jugak kepada yang ditimpa musibah sebutlah "Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.." maksudnya kembalikanlah segala urusan kepada ALLAH yang MAHA MEMBERI. Pasti ada hikmahnya..insyaALLAH..perasaan sedih tu ALLAH yang datangkan, perasaan tersinggung tu mungkin ALLAH nak memberi hikmah yang lebih besar, tak terduga oleh pemikiran kita yang singkat ni..mudah ayatnya segala-galanya daripada ALLAH la. Tapi bukan bermakna kita tidak perlu berikhtiar..ALLAH dah kurniakan akal,kan?..so, manfaatkanlah akal tu kena pada tempatnya..tunaikanlah anugerah ALLAH itu dengan semaksimunnya dengan bersandarkan kepada wahyuNYA..(jangan duk ikut sedap hati shj, nnti binasa jwpnnya...hrmm..

Rasanya macam dah banyak je menulis (hmm..betul ke?..) sebab tangan ni dah kebas-kebas, maklumlah dah lama tak menaip (buat assignment..hehe). Sejak lepas grad ni dah jarang sangat nak menulis, sebab rasa macam idea tak bernas je nak menulis, pastu entah pape yang ditulisnya dalam blog ni..rasa malu sebab jadi tatapan umum..huhu. Tapi, tak pe je, kan. Nabi kata "Ballighu 'anni
walau aayat". Tak pela sedikit pun yang boleh disampaikan dalam penulisan kali ni. Moga ianya ada manfaat untuk dijadikan renungan bersama.. Syukran jazilan/terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog ini walaupun ianya dah lama tak di 'update' (mesti korang boring,kan..=p)..jejak yang kalian tinggalkan membuatkan diri ni sedar, rupanya dah lama dibiarkan blog ini kesepian, kesunyian dan feel so lonely (maafkan daku wahai blog..heeee)..moga nama 'cahayapetunjuk' terus menyinar dalam diri ini..menjadi doa untuk diri ini terus rajin dan rajin untuk menulis, berfikir dan mengasah fikiran untuk mencambahkan idea-idea yang boleh kita berkongsi bersama..ameen ya RABB..juga sentiasa membuat anjakan paradigma melakukan perubahan dari masa ke masa..

"Mungkin aku tidak sehebat Saidatina Khadijah, tidak secerdik Saidatina Aisyah dan tidak setabah Saidatina Fatimah dan mungkin aku tidak mampu menjadi sehebat as-Syahidah Zainab al-Ghazali...tapi, ak
u cuba untuk 'menjadi diriku' seadanya yang mampu ku lakukan..itulah yang terbaik untuk diriku..pencarian diri ini masih belum berakhir..ilmu di dada ini masih sedikit dan perlu ditimba lagi..salah dan silap, ku mohon keampunanMU ya RABBI..tiada daya dan upayaku untukku melangkaui iradatMU..juga buat semua sahabat-sahabat seperjuanganku, maafkan daku, insan yang tidak sempurna..terima kasih buat pengunjung-pengunjung yang datang melawat..cuma, pintaku, doakanlah semoga diri ini terus thabat dalam perjuangan ini, berjaya di dunia dan akhirat..buat ummi dan abah yang kusayangi, kini baru kusedar betapa indahnya kasih sayangmu.. dulu ku selalu berprasangka, maafkan anakmu yang tak matured ini.. buat adik-adik yang kusayangi, sayang kamu semua (ngeee..huhu)...adikku yang duk kt Mesir tu =p, belajaq ghajin2 naa..jangan duk main-main, moga jadi doktor Islam yang dikagumi (contohi Ibnu Sina dll..), moga dirimu terus terpimpin...dan buat 'teman syurga'ku, mungkin hidup yang bakal mendatang masih banyak cabarannya, tak terjangkau oleh pemikiran kita, usah terlalu gembira, terimalah seadanya apa yang ALLAH kurniakan sekarang, moga ianya bukanlah hanya sekadar omongan kosong semata-mata, insyaALLAH, ALLAHU YUBAARIK 'ALAIK.."

"ALLAHUMMA SA'KHIRLANA ZAUJAN SOLEHAN YAKHTIBUNA WA YATAZAWWAJUBINA WA YAKUUNU SAHIBAN-LANA FID-DUNYA WA JANNAH..AMEEN.."




Sekian, wassalam..Syukran Jaziilan..

2:00 PM

Yesterday, Today and Tomorrow...


Alhamdulillah, kesyukuran dirafatkan ke hadhrat ILAHI kerana dengan izinNya hamba masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat iman dan Islam. Terkenang ayat yang diungkap oleh Togo sebagai dalam filem "Kungfu Panda".."YESTERDAY is HISTORY, TOMORROW is MYSTERY, TODAY is GIFT". Setelah 5 tahun pulun di dunia kampus,menuntut ilmu dalam bidang DAKWAH, namun, bukan mudah untuk mempraktikkanya. bercerita tentang perjalanan hidup ini, benarlah "SEMALAM adalah SEJARAH", segala apa yang telah dilalui tidak akan kembali lagi. Seperti cerita animasi 'DORAEMON', adalah sangat tidak logik untuk kita berangan-angan kembali ke zaman dahulu melalui 'mesin cahaya' bagi mengubah kembali apa yang telah terjadi. Walhal segala peristiwa yang telah berlaku tidak akan boleh diubah kembali kerana semua itu adalah kuasa Tuhan yang mengaturkannya kerana DIA MAHA MENGETAHUI apa yang kita tidak ketahui.Dunia kampus telah ditinggalkan, maka, muncullah fasa hidup yang semakin kompleks. Masing-masing mula membawa diri, terjebak ke dunia pekerjaan menuntut kesabaran, keyakinan terhadap diri sendiri, apatah lagi berdepan dengan berbagai-bagai jenis manusia. Ada yang panas baran, tak kurang yang happy good lucky, macam-macam orang, berbagai-bagai ragam yang terpaksa dihadapi dalam proses mematangkan diri.

Ungkapan "ESOK adalah MISTERI", siapalah kita untuk meneka apa yang bakal berlaku pada esok hari. Siapa tahu esok dia akan 'accident'?..siapa yang tahu esok dia akan dapat makan aiskrim?..siapa yang tahu esok dia ditakdirkan 'MATI'?..Siapa yang tahu esok dia dapat banyak duit?...Siapa yang tahu esok dia bertemu jodoh?...Tiada siapa yang tahu melainkan DIA yang MAHA MENGETAHUI.. Allah memberi kita akal & hati untuk menilai, walaupun perjalanan hidup kita diatur oleh DIA yang MAHA BERKUASA,kita harus mengatur perancangan, walaupun belum tentu perancangan kita itu akan tercapai sepenuhnya. Namun,sebagai hamba kita kena berusaha untuk lakukan yang terbaik dalam hidup kita untukNYA. Bersedialah untuk berdepan dengan hari esok yang belum tentu bagaimana nasib kita. Berlapang dada dan bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku supaya kita tidak 'shock' dan redha dengan apa yang
terjadi. Sukarnya mendidik diri menjadi seorang yang redha dan berlapang dada. Teringat soalan seorang sahabat "Macam mana nak buang sifat-sifat mazmumah yang dalam diri?". Sesetengah orang berkata, sentiasalah berasa rendah diri, sesetengah orang berpendapat, sentiasalah melihat keaiban diri sendiri. Terpulang bagaimana cara kita menyucikan hati kita, segala-galanya bergantung kepada sebanyak mana kita bermuhasabah diri. Tiada manusia yang sempurna. "Hinanya diri ini, banyaknya dosa diri ini, ampunilah hamba, ya Allah!"

"HARI INI adalah HADIAH", memang benarlah hari ini adalah hadiah untuk kita kerana masih diberi nyawa untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNYA. Masih diberi peluang untuk memperbaiki diri serta bertaubat atas segala dosa-dosa kita yang telah lalu."MAHA SUCIMU YA ALLAH". Hari ini sebagai bonus untuk kita muhasabah diri, "Ramai manusia yang ing
at ALLAH, tapi jarang manusia yang meletakkan ALLAH dalam hatinya". Ketika merasakan diri lalai, kembalilah mengingati alam baqa' yang bakal kita lalui di 'sana' nanti. Bagaimana nak meletakkan ALLAH dalam hati?. Terpulanglah kepada diri sendiri. itulah yang dinamakan sebagai ilmu makrifat, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, melainkan antara diri manusia & ALLAH sahaja yang lebih MENGETAHUI. Wallahua'lam.

11:35 AM

MENIKMATI KRITIKAN DAN CELAAN


Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan menghabiskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalil untuk membela diri, yang ternyata akhir dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kerusi sementara itu di bawahnya ada seekor ular berbisa yang hendak mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahaya yang bakal mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar. Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular namun kepada orang-orang yang memberitahu akan adanya bahaya tersebut.

Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritikan, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat manapun, dia tetap tegar, tak goyah sedikit pun. Malah ia justeru dapat menikmati kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata terjadi dengan izin Allah Azza wa Jalla.

Allah Maha Mengetahui segala aib dan cela hambaNya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja yang dikehendakiNya. Terkadang terbentuk nasihat yang halus, adakalanya melalui perbualan dan senda gurau seorang teman, bahkan tidak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia pun dapat muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua, sahabat, adik, musuh, atau siapa sahaja. Terserah Allah.

Jadi, kenapa kita harus menyusahkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita bersyukur dengan sebesar-besar kesyukuran kerana tanpa kita bayar atau kita member gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukkan dan aib yang mengancam amal-amal sholeh kita di akhirat kelak.

Kerananya, jangan hairan jika kita saksikan orang-orang mulia dan ulama yang sholeh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan dan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan ehwal aib yang justeru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.

Sahabat, bagi kita yang berlumuran dosa ini, haruslah senantiasa berwaspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh hadir dengan berbagai bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritikan:

Pertama : Kritiknya benar dan caranya pun benar.
Kedua : Kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan.
Ketiga : Kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.

Bentuk kritik yang manapun datang kepada kita, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita dihadapan sesiapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Kerana, sesungguhnya kemuliaan dan keredhaanNyalah yang menjadi penentu itu. Allah SWT berfirman, "Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
QS.Yunus[10]:65

Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan. Apalah ertinya kekuatan sang makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang sering lupa bahawa Kudrat dan Iradat Allah itu berada di atas segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya. Naudzubillaah!!!

Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman, "Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu."
QS. Ali 'Imran [3] : 26

2:43 PM

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan Kareem...


Alhamdulillah, dengan izinNya yang Maha Memiliki seluruh alam, hamba ini masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang Mulia. Bulan yang penuh keberkatan, dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka. Dibuka pintu maghfirahNya dan pada bulan inilah diturunkan al-Quran kalamullah. Maha Suci-Mu ya Allah.

"Semoga kita tergolong di kalangan mereka yang terpilih...ameen"


12:25 PM

Robot pun tau sembahyang...



Kawan-kawan cuba tengok robot ni..dia pun tau sembahyang..sama-samalah muhasabah diri, semoga ia menjadi pengajaran kepada kita yang mempunyai akal ni...Solat itu tiang agama..Cuba bayangkan kalau rumah tak ada tiang, kukuh ke rumah tu?..begitu juga dengan agama..kalau solat yang mudah tu pun kita susah nak laksanakan, macam mana pula dengan amalan harian kita... Urusan kita dengan manusia mudah untuk kita tunaikan, tapi, macam mana pula urusan kita dengan Allah yang menciptakan kita?...Robot yang tiada akal tu pun reti solat, kita pula?.... Fikir-fikirkanlah..

12:06 PM

JALAN KE SYURGA PENUH DURI...


Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaandisediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya.Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudahmelakukan kejahatan.

Nah, di depan kita terbentang dua jalan.Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam.




11:20 AM

PERINGATAN BUAT KAUM HAWA..


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yangrupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

1:56 PM

Mengapa susah sangat nak maafkan??


Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.

Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini."

Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.

Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.


RASULLAH S.A.W BERSABDA:

"SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU."

11:05 AM

MUHASABAH DIRI..


KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12