Ungkapan "ESOK adalah MISTERI", siapalah kita untuk meneka apa yang bakal berlaku pada esok hari. Siapa tahu esok dia akan 'accident'?..siapa yang tahu esok dia akan dapat makan aiskrim?..siapa yang tahu esok dia ditakdirkan 'MATI'?..Siapa yang tahu esok dia dapat banyak duit?...Siapa yang tahu esok dia bertemu jodoh?...Tiada siapa yang tahu melainkan DIA yang MAHA MENGETAHUI.. Allah memberi kita akal & hati untuk menilai, walaupun perjalanan hidup kita diatur oleh DIA yang MAHA BERKUASA,kita harus mengatur perancangan, walaupun belum tentu perancangan kita itu akan tercapai sepenuhnya. Namun,sebagai hamba kita kena berusaha untuk lakukan yang terbaik dalam hidup kita untukNYA. Bersedialah untuk berdepan dengan hari esok yang belum tentu bagaimana nasib kita. Berlapang dada dan bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku supaya kita tidak 'shock' dan redha dengan apa yang terjadi. Sukarnya mendidik diri menjadi seorang yang redha dan berlapang dada. Teringat soalan seorang sahabat "Macam mana nak buang sifat-sifat mazmumah yang dalam diri?". Sesetengah orang berkata, sentiasalah berasa rendah diri, sesetengah orang berpendapat, sentiasalah melihat keaiban diri sendiri. Terpulang bagaimana cara kita menyucikan hati kita, segala-galanya bergantung kepada sebanyak mana kita bermuhasabah diri. Tiada manusia yang sempurna. "Hinanya diri ini, banyaknya dosa diri ini, ampunilah hamba, ya Allah!"
"HARI INI adalah HADIAH", memang benarlah hari ini adalah hadiah untuk kita kerana masih diberi nyawa untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNYA. Masih diberi peluang untuk memperbaiki diri serta bertaubat atas segala dosa-dosa kita yang telah lalu."MAHA SUCIMU YA ALLAH". Hari ini sebagai bonus untuk kita muhasabah diri, "Ramai manusia yang ingat ALLAH, tapi jarang manusia yang meletakkan ALLAH dalam hatinya". Ketika merasakan diri lalai, kembalilah mengingati alam baqa' yang bakal kita lalui di 'sana' nanti. Bagaimana nak meletakkan ALLAH dalam hati?. Terpulanglah kepada diri sendiri. itulah yang dinamakan sebagai ilmu makrifat, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia, melainkan antara diri manusia & ALLAH sahaja yang lebih MENGETAHUI. Wallahua'lam.